Peoses Reka Cipta

.PROSES REKA CIPTA

  • Pengenalpastian Masalah .
  1. Pengenalpastian masalah dapat membantu kita mencipta produk yang berkualiti ,mesra penggunadan mesra alam . Pengenalpastian masalah membantu minda  untuk berfikir secara kreatif,inovatif dan produktif.
  2. Asas dalam penciptaan sst produk bermula dengan usaha  mengenalpasti masalah  yang wujud.

Mengenalpasti dan Menganalisis Masalah

  1. Sebelum sst reka ciptaan yang berguna dan berpotensi  utk dipasarkan ,masalah yang wujud  perlu dikenalpasti  dan difahami secara mendalam
  • Penyataan Masalah
  1. Masalah yang dinyatakan perlu menunjukkan situasi yang bermasalah dan keperluan individu  yang terlibat. Perlu juga dijelaskan kesan dan akibat buruk masalah. Situasi boleh merangkumi aspek :
  2. Tempat / Masa / Keadaan Fizikal (spt suhu,ruang ,saiz , berat, kelajuan )

Menerangkan individu yang mengalami masalah itu boleh merangkumi aspek:

  1. Latar belakang (spt kerjaya, saiz,keluarga,lokasi kediaman,dan kewangan)
  2. Jantina
  3. Peringkat Usia
  4. Keadaan Fizikal
  5. Bangsa dan kebudayaan
  6. Agama

Menyatakan kesan atau akibat yang disebabkan masalah :

  1. Kesihatan
  2. Keselamatan
  3. Pembaziran
  4. Sosial dan budaya
  5. Mental dan emosi
  • Pengumpulan Data
  1. Data perlu dikumpul untuk menunjukkan bahawa masalah yang dinyatakan benar-benar wujud dan memerlukan penyelesaian.

Kaedah Pengumpulan Data

  1. Pemerhatian
  2. Soal selidik
  3. Temubual
  4. Pengalaman sendiri atau orang lain
  5. Kajian daripada artikel ,jurnal dll

Pemerhatian

  1. Memerhati sst aktiviti yang berkaitan  dengan masalah yg dikaji:
  2. Aktiviti :
  3. Mengenalpasti tempat/lokasi/masa utk mmbuat pemerhatian
  4. Mencata maklumat yang relevan,jika perlu ambil gambar
  5. Lebih kerap pemerhatian dibuat data yang diperolehi lebih tepat dibbrp tempat.

Soal selidik

  1. Aktiviti :
    1. Menyediakan borang Soal Selidik
    2. Menentukan bilangan sampel,bilangan yg sama banyak boleh memberi  maklumat yang lebih tepat
    3. Mengumpulkan borang ss yg telah diedarkan
    4. Menganalisis maklumat yang diperolehi.

Temubual

  1. Aktiviti :
    1. Mengenalpasti responden
    2. Menetapkan masa,tempat, tarikh  temu janji
    3. Menyediakan soalan yang berkaitan
    4. Merekodkan jawapan responden ke buku idea /pita rakaman/rakaman video.

Pengalaman sendiri atau orang lain

  1. Aktiviti :
    1. Menyatakan masa dan tempat dimana berlaku kejadian itu
    2. Menerangkan kejadian yang berkaitan dengan masalah .

Kajian Perpustakaan

  1. Aktiviti
  2. Membuat rujukan / kajian melalui media cetak/elektronik
  3. Menyatakan sumber kajian
  4. Media cetak : pengarang ,judul,penerbit,tempat dan ms
  5. Media elektronik – jenis (radio/tv) tajuk siaran,tarikh,masa.
  6. Contoh barang kajian dilampirkan.
  • Persembahan data atau maklumat
  1. Persembahan data boleh ditulis dalam bentuk  jadual,senarai,carta dan graf.

Menyatakan dengan jelas kata kunci

  1. Kata kunci
  2. Susah
  3. Lambat
  4. Bahaya
  5. Sakit
  6. Penat
  7. Membazir wang/masa/tenaga
  8. Tidak tahan lasak
  9. Tidak tepat
  10. Tidak peka
  • Huraian data
  1. Dibuat dengan tepat. Boleh merangkumi aspek berikut :
  2. Peratusan dan pecahan data
  3. Perkaitan antara faktor-faktor
  4. Penunjuk kearah keperluan menyelesaikan masalah
  5. Perkaitan dapatan dengan masalah .
  • Rumusan
  1. Rumusan yang dinyatakan  mestilah dapat menyokong bahawa masalah yang dinyatakan benar-benar wujud berdasarkan data  atau maklumat yang dikumpulkan .
  • Penjanaan Idea
  1. Kebolehan individu menjana pelbagai idea baru atau tersendiri alan banyak membantu menyelesaikan masalah yg dikenalpasti.Ia memerlukan daya usaha daripada individu itu sendiri samada  berbentuk semulajadi atau terancang.
  • Pencetusan idea secara semula jadi
  1. Imiginasi
  2. Bakat ( anugerah tuhan kepada manusia )
  3. Pengalaman
  • Pencetusan idea secara terancang
  1. Pemerhatian
  2. Berfikir juga boleh menggalakkan penjanaan idea  Antara teknik berfikir ialah :

(logikalvertikal/analitikal/kritikal/intuitif/sumbangsaran /lateral/kreatif.)

  • Pemikiran Logikal
  1. Menekankan kepada apa yg betul dan apa yang salah dari segi :
  2. Betul dari segi logik
  3. Betul dari segi kenyataan hidup  sebenar
  • Analatikal
  1. Seseorang individu itu menganalisis masalah dengan cara memechkan masalah yang besar kepada  bhg yang lebih kecil supaya mudah ditangani.
  2. Usaha kita tertumpu kearah memahami situasi kompleks dgn cuba melihat sst situasi itu secara mengenali faktor utama,mencari persamaan dan perbezaan serta mencari punca masalah.
  • Kritikal
  1. Digunakan utk kenalpasti kesilapan,kelemahan,kekurangan dan kesalahan pada sst idea atau cadangan .
  2. Pemikiran kritikal berfokus kepada hasrat membuktikan bahawa idea orang lain salah
  • Intuitif
  1. Adalah berdasarkan kepada suara hati kecil kita atau mengikut gerak hati atau naluri.Kadangkala digunakan utk membuat keputusan dalam keadaan kita tiada maklumat langsung atau dalam keadaan dimana maklumat tidak lengkap.
  • Sumbangsaran
  1. Digunakan dalam aktiviti kumpulan bagi penjanaan idea yang kreatif utk tujuan membuat keputusan .
  2. Proses sumbangsaran :
    1. Mengenalpasti,merumus dan mempersetujui penyataan masalah yg sama.
    2. Mencari atau membanyakkan idea.
    3. Menilai pelbagai alternatif utk menentukan pelbagai penyelesaian yg sesuai
  • Lateral
  1. Bersifat generatif yg bertujuan menerbitkan sst perubahan baru dan berlainan terhadap sst masalah .Pemikiran ini bertujuan untuk mencari alternatif baru  tanpa mempunyai batasan terhadap idea yang dikeluarkan.

Kreatif

  1. Keupayaan mengubah idea dan persepsi lama kpd yg baru. Lebih diperlukan dalam kehidupan sebenar.
  • Penjanaan idea awal
  1. Merupakan proses bagi menghasilkan rekacadang atau konsep yg masih memerlukan perkembangan seterusnya. Ia boleh dilakukan secara catatan atau lakaran.
  2. Idea diselesai secara berbeza dihubungkait dengan prinsip/konsep tabii/hukum alam /hukum sains/l
  3. Lakaran berlabel yang dihasilkan menjurus kepada penyelesaian masalah dan menghuraikan fungsi setiap idea secara jelas dan ringkas.
  • Aktiviti
  1. Perbincangan dalam kumpulan untuk mendapat pelbagai idea
  2. Sesi sumbangsaran mendapatkan pelbagai perkembangan idea penyelesaian.
  • Perekaan Projek
  1. Perekaan Rekabentuk merupakan proses penghasilan lakaran perkembangan reka bentuk yang diadaptasi dari penjanaan idea awal. Proses mensintesis atau pencantuman idea yang telah dijana boleh diaplikasikan bg membantu penghasilan idea2 yg kreatif,inventif dan inovatif.
  2. Idea yang dilakarkan perlu mengambil kira faktor spt bahan/fungsi/teknik pembuatan/mekanisma/estatika dan fakotr lain yang berkaitan.
  3. Lakaran perkembangan RB membantu menjelaskan rupa dan bentuk cadangan rekaan secara 3D dgn pelbagai gaya dan sudut pandangan yang berbeza.
  • Pemilihan Reka Bentuk
  1. Merupakan proses yang penting kerana ia akan menentukan hala tuju reka bentuk yang akan dihasilkan.
  2. Pada tahap ini satu pemilihan yang terbaik perlu dibuat bg menentukan reka bentuk akhir yg dapat memenuhi kehendak @kriteria RB
  3. Pemilihan reka bentuk dilakukan berdasarkan:-
    1. Kesesuaian bahan
    2. Teknik pembuatan
    3. Fungsi
    4. Ergonomik
    5. Mesra pengguna
    6. Nilai komersil
    7. Keselamatan dan estatika
  • Perancangan Pembinaan Model Berfungsi Atau Prototaip.
  1. Kerja perancangan melibatkan penyediaan lukisan –lukisan berkaitan ,jadual kerja pembuatan model,penyediaan bahan dan cara pembuatan . Perancangan boleh dilakukan secara perbincangan dengan guru dan rakan pelajar.
  • Perancangan Lukisan Kerja
  1. Kerja asas dalam pembinaan model berfungsi @ prototaip adalah menyediakan  bbrp lukisan  yang mampu menunjukkan persepsi awal idea produk. Antara lukisan yang  yg digunakan ialah : Lukisan kerja.,luk.susunatur,dan luk.ceraian.Ia boleh dihasilkan secara manual atau CAD
  • Lukisan Orthografik
  1. Adalah lukisan yang berdasarkan prinsip unjuran selari.
  2. Sistem ini menggunakan dua atau lebih pandangan utk memberi maklumat lengkap mengenai bentuk objek.
  3. Tujuan – utk menyampaikan maklumat tepat melalui pandangan supaya objek yg dilukis dapat dihasilkan dengan sempurna. Ia juga boleh dihasilkan dengan lukisan CAD.
  • Lukisan Kerja
  1. Dibuat untuk memudahkan proses pembuatan  bhg-bhg produk. Ia menerangkan cara memotong ,menebuk,melicin,mengetam,mencantum dan lain-lain proses yg bersesuaian secara berperingkat.
  • Lukisan susunatur
  1. Merupakan lukisan yg menunjukka susun atur komponen luaran dan dalaman sst produk.Ia membantu memperjelaskan susunatur komponen-komponen serta fungsi.

Lukisan Pemasangan

  1. Dilukis utk menunjukkan komponen2 sebenar produk secara tercerai dan berasingan . Ceraian dilukis mengikut arah komponen yg dipisahkan .Lukisan ini juga dikenali sebagai lukisan pemasangan kerana menunjukkan cara-cara pemasangan dibuat.Setiap komponen yang dilukis dilabelkan mengikut urutan.
  • Mock-up
  1. Dikenali sebagai model olokan yang dibuat sebelum model atau prototaip.
  2. Bertujuan untuk melihat dan menilai reka bentuk pilihan secara tiga dimensi.
  3. Mock-up biasa dibuat tanpa ukuran dan skala sebenar.
  4. Menggunakan bahan yang mudah spt bod,foam,gabus,polisterina,mounting board dan kayu jelutong
  5. Mock-up dapat membantu menilai dan melihat keseimbangan RB struktur,kesesuaian bahan,keselamatan ,penggunaan dam cara pembuatan.
  • Pembinaan model / prototaip
  1. Model dibhgkan kpd 2 jenis iaitu :
  2. Model blok dan Model Berfungsi (Prototaip)
  3. Model blok – statik atau separa fungsi.
    1. Ianya mempamerkan RB sebenar dan dihasilkan samada secara skala atau saiz sebenar produk.
    2. Bahan yang digunakan tak semestinya bahan sebenar.
  4. Model berfungsi:-
    1. Adalah produk contoh yang berfungsi sepenuhnya
    2. Dibina daripada bahan sebenar yang telah ditentukan .Prototaip adalah menyerupai produk sebenar dari setiap segi.Ia dibina dan dipasang secara manual dan diuji dalam situasi sebenar.
  • Kriteria pemilihan bahan atau komponen
  1. Kos
  2. Saiz fizikal bahan
  3. Teknik pembuatan
  4. Kebolehdapatan
  • Penyediaan  dan pembinaan
  1. Ciri keselamatan diutamakan
  2. Guna peralatan dgn teknik yg betul
  3. Bahan alternatif juga disenaraikan jika perlu
  4. Perbincangan dilakukan .
  • Pemasangan
  1. Ciri keselamatan diutamakan
  2. Guna peralatan dgn teknik yg betul
  3. Bahan alternatif juga disenaraikan jika perlu
  4. Perbincangan dilakukan .
  • Kemasan
  1. Ciri keselamatan diutamakan
  2. Guna peralatan dgn teknik yg betul
  3. Bahan alternatif juga disenaraikan jika perlu
  4. Perbincangan dilakukan .
  • Pengujian
  1. Ujian makmal – dilakukan dalam makmal atau bengkel dalam keadaan terkawal.
  2. Ujian Parameter – dibuat dalam suasana sebenar dan ditempat yang sebenar bagi menentukan kefungsian serta penggunaannya.
  • Penilaian
  1. Menganalisis hasil ujian yg dijalankan keatas prototaip dan memberi penilaian berdasarkan aspek ergonomik dan estatika.kelemahan dan kekuatan prototaip perlu dikenalpasti utk tujuan pembaikan.
  • Pengubahsuaian model/ prototaip
  1. i. Pembaikan
  2. Berdasarkan hasil pengujian ,cadangan pembaikan perlu disenaraikan dan dilaksana jika perlu, antaranya ialah :
  3. Ganti komponen tak fungsi
  4. Menambah baik komponen /bahan
  5. Ganti komponen dgn yang lebih baik
  6. Menambah kemasa.
  7. Selepas pembaikan perlu uji semula utk pastikan prototaip yang dibina benar-benar  berfungsi ikut spesifikasi yg telah dipilih.
  • Kemasan akhir
  1. Proses Kemasan diperingkan ini adalah proses yang terakhir selepas pembaikan sebelum prototaip ini dipasarkan.

Leave a comment