Bab 8:Hak Cipta

Hak cipta ialah satu set hak eksklusif yang mengawal penggunaan sesuatu pernyataan idea atau maklumat. Dalam kebanyakan kes, hak-hak ini adalah untuk tempoh yang terhad. Simbol untuk hak cipta ialah ©, dan di sesetengah bidang kuasa, simbol itu boleh digantikan dengan (c).
Hak cipta boleh wujud dalam berbagai-bagai karya kreatif, intelektual, atau berseni. Ini termasuk puisi, tesis, drama, buku, filem, karya koreografi (tarian, balet, dll.), gubahan muzik, rakaman audio, lukisan, arca, gambar foto, perisian, serta siaran radio dan televisyen, dan di sesetengah bidang kuasa, juga seni reka perindustrian. Hak cipta ialah sejenis harta intelektual; reka bentuk dan seni reka perindustrian boleh merupakan jenis-jenis harta intelektual yang berasingan atau bertindih dalam sesetengan bidang kuasa.
Undang-undang hak cipta hanya melindungi bentuk atau cara yang mana idea-idea atau maklumat-maklumat ditunjukkan, iaitu “bentuk pernyataan fizikal”. Hak cipta tidak direka bentuk untuk tujuan melindungi idea, konsep, fakta, gaya, atau teknik yang wujud atau digambarkan dalam karya hak cipta. Undang-undang hak cipta memberi ruang untuk karangan sindiran dan karangan pentafsiran terhadap karya-karya yang mungkin mempunyai hak cipta pada dirinya. Sila lihat Pembahagian idea-pernyataan.
Misalnya, hak cipta yang wujud dalam kartun Mickey Mouse melarang pihak-pihak yang tidak diberi kuasa untuk mengedarkan salinan-salinan kartun atau mencipta karya-karya terbitan yang meniru tikus antropomorfik Walt Disney, tetapi tidak melarang penciptaan karya-karya kesenian mengenai tikus antropomorfik secara amnya, asalkan karya-karya ini cukup berbeza supaya tidak meniru versi yang asli. Undang-undang yang lain mungkin mengenakan sekatan untuk penghasilan semula atau penggunaannya jika hak cipta tidak berbuat demikian, umpamanya tanda dagangan dan paten.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s