Harta Intelek



PATTEN

Paten melindungi idea yang terkandung di dalam sesuat produk atau proses semasa menghasilkan produk tersebut. Paten dikeluarkan utuk produk-produk baru dan proses-proses baru. Syarat-syarat untuk menerima paten adalah seperti yang ditetapkan di bawah Akta Paten Malaysia 1983. Akta 291, pindaan 1986 menetapkan sesuatu produk atau proses yang boleh dipatenkan perlu baru, melibakan tahap invebtif dan boleh digunakan dalam industri.

  • ‘Baru’ bermaksud butiran sesuatu produk atau peroses belm diterbitkan atau diberikan paten.
  • Bersifat inventif’ bermakna tidak mudah bagi seseorang pakar dalam bidang tersebut untuk terfikirkan idea yang serupa itu.
  • ‘Boleh digunakan dalam industri’ bererti rekaan tersebut dapat dimanfaatkan dalam perniagaan, perdagangan dan industri.
  • Jenis rekaan yang terkecuali dan tidak boleh dipatenkan ialah jumpaan jenis tulen, pelbagai teori, karya sastera, ciptaan seni yang berestetika, tatacara dan cara melaksanakan perdagangan, perbatan serta juga alat-alat dan cara yang bertentangan dengan kepentingan moral dan sosial. Perkara-perkarayang tidak boleh dipatenkan temasuklah:
  • Penemuan,teori sainstifik dan kaedah-kaedah matematik seperti tumbuhan semulajadi, Teorem Pythagoras.
  • Pelbagaijenis tumbuhan, binatang atau proses biologi yan perlu bagi pengeluar atau binatang seperti jenis-jenis padi (Mahsuri dan Malinja)
  • Skim, kaedah atau cara untukmenjalanjan perniagaan, melakukan perbuatan-perbuatan mental semata-mata untuk bermain apa-apa jenis permainan.
  • Cara merawattubuh manusia atau binatang melalui pembedahan atau terapi dan cara diagnosis yang dilakuka ke ats manusia atau binatang seperti mengubati dengan fisioterapi dan radioterapi.

Reka Bentuk Industri (Industi Design)

Pendaftaran reka bentuk industri bertujuan melindungi penampilan sesuatu produk yang dikeluarkan. Perlindungan adalah aspek rupa bentuk, corak dan hiasan. Sesuatu reka bentuk produk layak didaftarkan sekiranya reka bentuknya bersifat baru dan digunakan kepada sesuatu benda yang khasseperti telefon dan jam tangan. Reka bentuk itu boleh juga didaftarkan sekiranya digunakan kepada sesuatu set seperti satu set pinggan mangkuk. Bagi produk yang bersifat set, perlindungan Reka Bentuk Industri hanyalah untuk ciri-ciri corak dan hiasan sahaja dan bukannya pada rupa bentuk set tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s