Bahan

BAHAN

PEMBAHAGIAN BAHAN

  • Bahan semula jadi –kayu,logam,getah dan batu
  • Bahan buatan – plastik,gentian,kertas dan komposit

BAHAN LOGAM

  • Logam berferus

contoh: besi, keluli dan besi bergalvani

  • Logam bukan berferus

contoh: Aluminium,kuprum,timah dan plumbum

BAHAN BUKAN LOGAM

  • Kayu
  • Plastik dan getah
  • Gentian
  • Seramik
  • Fabrik

KAYU

  • Takrif: bahan yang mempunyai urat  kayu dan mudah dipotong mengikut urat.
  • Mudah dibentuk
  • Kaedah pembuatan dan peralatan mudah digunakan
  • Jenis kayu;       a) Kayu keras

b) Kayu lembut

PLASTIK

  • Bahan buatan daripada bahan galian
  • Plastik daripada plosterina foam tidak teguh
  • Plastik acuan sesuai untuk projek yang memerlukan keteguhan.
  • Plastik tidak tahan haba

GETAH

  • Bahan semulajadi bersifat anjal dan mulur
  • Penebat yang baik
  • Kenyal dan susah dibentuk

GENTIAN

Terbahagi kepada dua jenis:-

a) Gentian kaca

b) Gentian kayu (MDF)

GENTIAN KACA

  • Mudah dibentuk
  • Memerlukan kaedah khas untuk menghasilkan
  • Kos pembuatannya tinggi
  • Tahan terhadap kelembapan dan pengaratan

GENTIAN KAYU MDF

  • Keras dan tahan terhadap tekanan
  • Harganya mahal
  • Tidak boleh terkena air

KELEBIHAN MDF

  • Mempunyai kekuatan yang sekata
  • Lebih kalis api daripada papan
  • Mempunyai kestabilan dimensi,iaitu tidak mudah bengkok,meleding dan sukar terbelah apabila dipaku/diskru
  • Mudah dibentuk
  • Lebih berat dan lebih keras daripada papan tebal

KELEMAHAN MDF

  • Kurang mencengkam paku
  • Mudah rosak jika terkena air atau panas matahari
  • Tidak boleh dilengkungkan

SERAMIK

  • Bahan yang berasaskan tanah liat
  • Bahan keras,penebat haba dan elektrik
  • Tahan perubahan cuaca
  • Rapuh
  • Sesuai untuk projek yang melibatkan suhu tinggi

FABRIK

  • Bahan yang dikenali sebagai kain dan sesuai digunakan sebagai bahan kemasan  dan bergantung kepada jenis projek

SIFAT  BAHAN

  • Sifat Fizikal
  • Sifat Mekanikal
  • Sifat kimia

SIFAT FIZIKAL

  • Sifat fizikal termasuk kelakuan elektrik,magnetik,optik,,haba dan kimia
  • Sifat fizikal bergantung kepada kepada struktur dan pemperosesan yang dilalui oleh suatu bahan tersebut

SIFAT MEKANIKAL

  • Sifat mekanikal merupakan bagaimana bahan bertindakbalasterhadap daya dan tekanan
  • Contoh: kekuatan,kemuluran, ketegangan,kekerasan,kerapuhan,ketempaan dan keanjalan

SIFAT MEKANIKAL BEBERAPA JENIS LOGAM

Sifat Mekanikal Logam
Keras Besi dan besi tuang
Rapuh Besi tuang
Mulur Tembaga dan aluminium
Teguh Keluli aloi dan pancalogam
Tempa Aluminium
Anjal Keluli spring

KELEBIHAN DAN KEKLEMAHAN BAHAN

BAHAN KELEBIHAN KELEMAHAN
Logam Tahan lasak 

kuat

Sukar dibentuk 

Sukar dipotong

Kayu Ringan,mudah dipotong,menarik, 

mudah membuat kemasan

Rapuh,mudah terbakar,kurang kukuh
Plastik Mudah dibentuk menggunakan acuan Tidak teguh ,tidak tahan terhadap haba
Getah Kenyak,penebat haba dan elektrik Mudah terbakar 

Sukar dibentuk

Rapuh 

Bentuk kekal

Seramik Penebat haba dan elektrik 

Mudah dibentuk mengikut acuan

SPESIFIKASI BAHAN

Suatu bahan boleh diproses menjadi bahan lain:contohnya

i.  Logam – aloi,keluli dan besi tuang

ii.  Kayu – papan lapis dan soft board

iii.  Getah – foam,plastik

iv.  Tanah –  seramik ,tile

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s