TEMA SPM 2013

PENYUSUNAN

1.1 BIDANG

Sukan / Rekreasi

1.2 PENGENALAN

Penyusunan adalah proses / kerja yang dilakukan supaya sesuatu peralatan / barang seperti dalam bidang sukan / rekreasi kelihatan kemas dan teratur

1.3 FOKUS REKA CIPTAAN

Reka ciptaan yang dihasilkan boleh melakukan kerja menyusun peralatan sukan / rekreasi di sekolah

(Rujuk aspek 1.1, 1.2 / 2.3 kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja kursus Reka Cipta)

1.4 TAKRIF

Penyusunan merupakan suatu proses / kerja untuk meyusun supaya kemas dan teratur

Kamus Dewan-Edisi Keempat:

i-susun:
longgok yang teratur (berlapis-lapis, bertindih-tindih), susun atur cara menyusun dan mengatur sesatu seperti perabot, peralatan, dsb dalam sesuatu ruang dsb mengikut pelan yang dikehendaki

ii-menyusun:
meletakkan berlapis-lapis (bertindih-tindih), mengatur baik-baik, meletakkan beraturan

iii-menyusunkan:
menyusun sesuatu untuk, mengaturkan

1.4 KAEDAH PENYUSUNAN

Menyisih / mengatur / menindih / mengasing / menyekat / memisah / melonggok / menggred / melapis / menggantung / melekap / melekat / menggulung / menyepit / mencengkam / mencangkuk / menyangkut

(Rujuk aspek 1.3, kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta

 

 

PENCAHAYAAN

1.1 BIDANG

Kepenggunaan

1.2 PENGENALAN

Pencahayaan adalah proses kerja untuk menerangi / memberi isyarat pada suatu situasi

1.3 FOKUS REKA CIPTAAN

Reka ciptaan ini menggunakan cahaya untuk membantu / memudahkan aktiviti pengguna

(Rujuk aspek 1.2, 1.2 dan 2.3 kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)

1.4 TAKRIF

Pencahayaan merupakan proses menerangi / memberi isyarat pada suatu situasi untuk memudahkan aktiviti pengguna

Kamus Dewan-Edisi Keempat:

i – cahaya :
pancaranyang datangnya dar objek yang bersinar (lampu, api dsb) yang membolehkan sesuatu objek sekeliling dan lain-lain dapat dilihat

ii – bercahaya :
Memancarkan cahaya, bersinar, berkilat, berseri

iii – mencahayai:
Memberi cahaya kepad, menerangiu, menyinari, menyuluh

iv – mencahayakan :
Mengeluarkan / memancarkan cahaya, menyinarkan

1.5 KAEDAH PENCAHAYAAN

Menyinar / menyuluh / menerang / mengelip / membias / memantul / memfokus /
mencapah

(Rujuk aspek 1.3, kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)

 

 

PENGASINGAN

1.1 BIDANG

Penyediaan makanan

1.2 PENGENALAN

Pengasingan adalah proses kerja yang dilakukan untuk memisahkan bahan masakan daripada bendasing / bahagian yang tidak diperlukan dalam proses penyediaan makanan

1.3 FOKUS REKA CIPTAAN

Reka ciptaan yang dihasilkan untuk mengasingkan bendasing / bahagian yang tidak diperlukan daripada bahan masakan dalam proses penyediaan makanan

(Rujuk aspek 1.2, 1.2 dan 2.3 kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)

1.4 TAKRIF

Pengasingan merupakan suatu proses / kerja memisahkan bendasing / bahagian yang tidak diperlukan daripada bahan masakan

Kamus Dewan-Edisi Keempat:

i – asing :
Berlainan, terpisah, tersendiri

ii – pengasingan :
Perihal (perbuatan dan sebagainya) mengasingkan / memisahkan

iii – mengasingkan :
Memisahkan dari yang lain / menyisihkan

1.5 KAEDAH PENGASINGAN

Menyaring / menapis / menyisih / mengangin / memutar / memerah / memampat / menarik / menggetar / mengempar / mengayak / menampi / menggoncang / meniup / menyedut

(Rujuk aspek 1.3, kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s